If you spend too much time thinking about a thing, you’ll never get it done. - Bruce Lee
2018 - Ultraman Geed The Movie : Connect Them! The Wishes!!  Kamen Rider Build   Uchuu Sentai Kyuranger  Ultraman Geed
2017 - Uchuu Keiji Gavan vs Tokusou Sentai Dekaranger  2017 - Kamen Rider Heisei Generations : FINAL  2017 - Kamen Rider Ex-Aid the Movie : True Ending  Bruce Lee Film
Empowered Your money Today!
The Long Road Home  All Harry Portal Movies  Leftenan Adnan   P.Ramlee Movie

Misteri Jalan Lama

Misteri Jalan Lama ialah sebuah filem Malaysia arahan Afdlin Shauki yang ditayangkan pada 24 November 2011. Filem ini hasil lakonan Hans Isaac, Que Haidar dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Plot cerita bermula apabila Datuk Iskandar ingin kembali ke kampung halamanya selepas mempengerusikan sebuah mesyuarat syarikatnya, bersama beberapa ahli lembaga pengarah, setiausaha beliau(Sari Yanti) dan anak beliau, Ilya(Que Haidar).

Mereka berbincang untuk melaksanakan sebuah projek mesra untuk semua masyarakat. Tetapi, disebabkan Datuk Iskandar seperti merasakan sesuatu, beliau mengguhkan mesyuarat. Semasa brborak diluar bersama Ilya, ditemani setiusaha beliau, beliau ada meletakan hadiah di bilik Ilya sempena hari jadinya yang ke-25 yang bakal disambut esok. Sementara itu, Indra(Hans Isaac) sedang berjudi berama Botak(Nam Ron), seorang bookie antarbangsa yang menjadi buruan Interpol, ditemani oleh teman wanita beliau(Liyana Jasmay) dan beberapa konco-konco beliau, Zak(Adam Corrie) dan Zaidi(Sobri Anuar). Semasa mereka sedang berjudi, Zaidi mencelah dengan mengatakan kisah silam Indra yang merupakan seorang bekas pelumba kereta yang disabit dengan kesalahan menjual permainan.

Ini membangkitkan kemarahan Indra tetapi, beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana Botak dan konconya ada disitu. Indra yang kesesakan duit pertaruhan, mempertaruhkan kereta kesayangan beliau kerana Botak terlalu menginginkan kereta tersebut untuk dihadiahkan kepada teman wanitanya. Akhirnya, beliau kalah perjudian tersebut. Nasib menyebelahi beliau apabila polis menyerbu kawasan perjudian mereka tersebut. Indra mengambil kunci kereta tersebut dan lari daripada konco-konco Botak.

Ilya pula seperti diganggu oleh jelmaan bunian yang menginginkan beliau pulang ke kampung bunian tersebut. Kejadian beliau meracau disedari oleh setiausaha Datuk Iskandar. Beliau cuba menenangkan Ilya. Indra pula pergi ke rumah isterinya, Sara(Sabrina Hassan) untuk memberitahu supaya mereka lari ke kampung ibu Sara malam itu. Sara berkeras. Indra menyuruh Sara dan anaknya mengunci pintu agar konco-konco Botak tidak mengapa-apakan mereka. Indra teru lari untuk mengalihkan tumpuan konco Botak daripada mengejar isteri dan anaknya. Semasa Indra lari, beliau menerima panggilan bahawa bapanya, Datuk Iskandar, telah meninggal dunia akibat kemalangan. Ilya yang kesedihan atas kehilangan ayahnya, melihat kepada hadiah hari jadinya yang diberikan oleh ayahnya. Semasa beliau membuka kotak tersebut, beliau terlihat akan sebuah loket. Ia bercahaya dan memberi banyak persoalan kepada beliau.

Indra pergi ke pejabat ayahnya untuk mencari wang untuk membayar hutang judinya. Semasa mencari, beliau terjumpa sepucuk surat daripada ayahnya. Dalamnya tertulis supaya beliau menghantarkan Ilya ke tempat yang telah ditulis sempena hari jadi Ilya yang ke-25. Jika beliau dapat melaksanakan tugasan tersebut, beliau akan mendapat keseluruhan harta peninggalan ayahnya. Dengan itu, Indra mempunya wang untuk membayar hutangnya. Semasa ingin menerangkan tentang tujuan mereka untuk balik ke kampung, Ilya pergi ke tandas. Beliau sekali lagi diganggu. Beliau seperti kelihat termasuk ke alam bunian dimana beliau ternampak Ratu Bunian/Ratu Dewata(Vanidah Imran) diserang oleh sesuatu kaum seperti raksasa lalu meracau-racau. Indra datang lalu menenagkan adiknya.

Beliau membawa Ilya balik ke kampung dengan alasan untuk melawat pusara ayah mereka. Mereka berhenti di sebuah perhentian, Ilya sekali lagi diganggu dengan melihat budak-budak dikejar oleh kaum yang seperti raksasa tersebut. Ilya meracau lalu keluar dari tandas. Mereka terus keluar dari tempat tersebut. Tanpa disedari, mereka diekori oleh konco-konco Botak. Mereka melalui sebatang jalan lama. Ilya tidak mengenalpasti jalan berikut. Indra menyatakan bahawa itu merupakan jalan yang dilalui oleh bapa mereka untuk balik ke kampung.

Mereka berhenti untuk mengisi perut mereka di sebuah kebun durian. Semasa mereka menikmati durian, Indra dan Ilya bertengkar hingga Indra hampir memberitahu sebuah rahsia yang disimpan oleh bapanya. Tiba-tiba, Botak hadir ke situ, bersama teman wanita dan konco-konconya, untuk mengambil balik kereta Indra. Indra menyuruh Ilya lari. Indra dipukul oleh konco-konco Botak. Dengan tiba-tiba, Ilya seperti mendapat kekuatan lalu membantu Indra daripada dipukul konco-konco Botak. Mereka akhirnya mereka lari. Ilya membantu merawat luka Indra.

Mereka meneruskan perjalanan mereka sehingga sampai ke satu tempat, iaitu sebuah gerai ditengah hutan. Mereka cuba memberi ganjaran kepada pengunjung gerai-gerai tersebut. Namun, tiada antara mereka yang menyambut tawaran mereka. Mereka terus beredar dari gerai tersebut. Indra menemui pemilik kedai(Yalal Chin) dan bertanyakan perihal pengunjung gerai pak cik tersebut. Pak Cik tersebut menyatakan mereka merupakan penduduk di situ. Sementara mereka sedang memikirkan tentang pengunjung gerai tersebut, pak cik itu ada menyatakan kepaa Indra supaya pergi ke arah sebuah kampung, dimana beliau akan mendapat jawapan yang dicari.

Apabila mereka sampai ke sebuah perkampungan, mereka semua berkelakuan pelik. Mereka semua seperti menyambut kehadiran seseorang. Mereka dijamu dengan makanan yang lazat-lazat. Ilya yang merasa ragu-ragu, menyuruh Indra berhati-hati dengan makanan yang diberikan. Selepas makan, mereka pergi ke sebuah keraian. Indra yang asyik dilayan perempuan perkampungan tersebut, disuruh Ilya supaya berhati-hati dengan mereka. Selepas itu, Ilya pergi mengejar budak-budak yang beliau lihat dalam gangguan tersebut. Beliau akhirnya tererempak dengan Puteri Bunian(Marion Caunter). Beliau dibawa ke kamar.

Selepas tersedar, Ilya menerangkan apa yang telah berlaku. Namun Ratu Dewata menyatakan bahawa Ilya merupakan anaknya dan mereka sekarang berada di perkampungan kaum Nian. Perkara itu dinafikan oleh Ilya. Akibat tidak dapat menerima hakikat, beliau mengambil keputusan untuk lari, bersama Indra. Tanpa diduga, perkampungan bunian tersebut diserang oleh puak Ghoul, yang diketuai oleh Harak(Afdlin Shauki). Mereka inginkan loket tersebut dan nyawa Ilya. Untuk melindungi adiknya, Indra menyamar diri lalu diculik oleh puak Ghoul.

Ilya cuba melarikan dari perkampungan tersebut. Namun ditahan oleh Ratu Dewata. Ratu Dewata menerangkan tentang asal-usul Ilya. Ratu tersebut menyatakan bahawa Ilya diberikan oleh Raja Dewata(Nasir Bilal Khan) untuk melindungi anaknya yang masih kecil, kepada Datuk Iskandar, yang baru balik dari pengebumian isterinya akibat melahirkan anaknya. Pada waktu itu, Datuk Iskandar menginginkan seorang adik untuk Indra, lalu menerima amanat Raja Dewata dengan syarat untuk memulangkan semua kepada mereka apabila umur memcecah 25 tahun. Sebagai tanda, loket dikeris kebesaran Nian diberikan kepada Datuk Iskandar.

Selepas mengetahui tentang hal yang sebenar, Ilya bersedia menerima hakikat sebenar. Beliau diberikan sepersalinan perang untuk menyelamatkan Indra. Mereka menyerang dengan penuh semangat. Semasa peperangan tersebut, keris Ilya tercampak. Indra mengambil keris. Beliau ternampak Ilya sedang bergelut dengan Harak. Beliau mengambil kesempatan untuk membunuh harak dengan membalik keris kepada Ilya lalu ditikamnya Harak. Tentera-tentera Harak berundur. Ilya dan tentera-tntera Nian mengawal medan perang yang telah mereka tawan. Pembantu Ilya menyuruh Ilya supaya bersiap sedia kerana tentera Harak akan melancarkan serang semula.

Mereka membawa Indra ke jalan raya. Sebuah kapal perang puak Nian tiba untuk membawa Ilya ke medan perang baru. Indra melambai ke arah Ilya. Ilya memberi nasihat kepada Indra supaya menjaga keluarganya. Ilya akhirnya menuju ke medan perang bersama angkatannya. Indra meneruskan perjalanan ke pusara ayahnya.

Lakonan
  • Hans Isaac - Indra (pelakon Utama)
  • Que Haidar - Ilya (pelakon Utama)
  • Datuk Ahmad Tamimi Siregar - Iskandar (pelakon Utama)
  • Vanidah Imran - Old Lady / Queen Devata (Pelakon Pembantu)
  • Afdlin Shauki - Harak (Pelakon Pembantu)
  • Sabrina Mohemmed Hassan - Sara (Pelakon Pembantu)
  • Nasir Bilal Khan - Raja Dewata (Pelakon Pembantu)
  • Nam Ron - Botak (Pelakon Pembantu)
  • Sari Yanti - Setiausaha Iskandar
  • Adam Corrie - Zak
  • Sobri Anuar - Zaidi
  • Yalal Chin - Pak Cik Gerai (penampilan Khas)
  • Liyana Jasmay - Awek Botak (penampilan Khas)
Pembikinan

Filem ini mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan memandangkan filem ini merupakan filem fantasi. Filem ini merupakan filem yang lain berbanding filem - filem arahan Afdlin Shauki. Penggunaan CGI iaitu 15% dalam filem ini,yang perlu diperkemaskankan mengambil masa yang lama bagi filem ini dihasilkan.

Cabaran lain yang perlu ditempuhi ialah mereka kostum yang dilihat memberi kesukaran kerana perlu dihasilkan dengan sesuai. Faktor cuaca juga memainkan peranan kerana kostum tebal digunakan boleh menyebabkan pelakon kurang selesa akibat kepanasan[2]. Selain itu, masalah gangguan daripada makhluk halus turut berlaku apabila mereka menghadapi masalah terlalu banyak pelakon tambahan untuk watak makhluk kaum Nian. Masalah ini diakui oleh pengurus kostum dan penyolek. Mereka menyatakan baju-baju yang digunakan dijumpai disekitar kawsan perhutanan. Maklum Balas

Kutipan

Filem ini tidak mendapat kutipan lepas bajet apabila hanya memperoleh RM 1.33 juta daripada tempoh tayangan.

Ulasan

Filem ini mendapat ulasan yang memuaskan dan pujian daripada pemerhati filem tempatan. Mereka turut menyatakan bahawa filem ini dilihat berjaya lari daripada tema kebiasaan filem Malaysia. Dengan penghasilan kostum dilihat berjaya menggerakkan jalan cerita ini. Lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon `kelas A' Malaysia berjaya memberi kepuasan kepada penonton. Selain itu, jalan cerita yang baik membuatkan penonton puas dengan hasil drama Afdlin Shauki, yang selalu hadir dengan filem komedi

Punca : Wikipedia.
Share this article :
Supergirl Series 2015/2016/2017  2017 - Thor : Ragnarok  Batman Film  Iron Man Film

Superman Movies  Robocop Movies   The Flash Movie   Spider-Man Film
Lazada Indonesia
2009 - Chinese Paladin 3 2000 - The Heaven Sword and Dragon Saber 1997 - Demi Gods and Semi Devils Heroic Legend Of The Yang's Family
 
Copyright © 2009. KayLing88 Entertainment Review. Some Rights Reserved.
Bloggerize by : Team Works Of Reduan64 | Outsource by : KayLing88 Network Link